SEPTEMBER 2022

Anugerah Khas Premier Sarawak


KUCHING, 14 Sept. - Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri Abg Johari bin Tun Abg Openg merakap Pengerusi Lembaga Amanah Yayasan Sarawak telah hadir ke Majlis Anugerah Khas Premier Sarawak bertempat di sebuah hotel terkemuka di Kuching.

Anugerah Khas Premier Sarawak ke-30 adalah anjuran Yayasan Sarawak dan Jabatan Pendidikan Malaysia, Sarawak.

Seramai 58 orang penerima yang terdiri daripada 20 orang penerima daripada 17 kategori ( Tahun 2019 ), 26 penerima daripada 8 kategori ( Tahun 2020) dan 12 pemenang daripada 12 kategori ( Tahun 2022) dengan jumlah inisiatif wang tunai bernilai RM138 Ribu. 

Dalam ucapan, YAB Premier Sarawak, beliau amat gembira dengan pencapaian Yayasan Sarawak semenjak ianya di tubuh lebih 50 tahun dahulu dengan banyak melahirkan anak Sarawak  menjadi pemimpin dan cerdik pandai di peringkat Kebangsaan dan Sarawak.

Katanya lagi, beliau menyarankan agar ibubapa dan anak-anak Sarawak untuk bersama membantu sektor Pendidikan dasar PCDS 2030 kerajaan dengan memperbanyakkan sumber manusia kearah jurusan disipiln ilmu Digital dan Teknologi, Bio-Chemistry, Material Science dan Kejuteraan sepertimana yang dikehendaki dasar baharu Ekonomi Hijau Kerajaan Sarawak pada masa hadapan.

"Saya yakin dengan adanya pemilikan aset Universiti Curtin, Universiti Swinburne, Universiti Teknologi Sarawak, ICAT dan Centext yang di miliki sepenuhnya Kerajaan Sarawak akan membantu masa depan Sarawak kearah melahirkan cerdik pandai yang berinovasi, kreatif dan mahir dalam jurusan masing- masing menjelang Sarawak Maju Tahun 2030", ujarnya.

"Saya merakamkan jutaan terima kasih kepada ibubapa yang membantu anak mereka hingga berjaya, para guru yang mendidik mereka dan syabas serta tahniah kepada para pelajar", katanya. 

Diakhir majlis, beliau menyampaikan Anugerah Khas tersebut kepada semua para pemenang.

Turut hadir, YB Dato Sri Prof. Dr Sim Hui Hian, Timbalan Premier Sarawak, YB Datuk Hajjah Fatimah Abdullah, Menteri Wanita dan Kanak-Kanak Sarawak, YB Dato Sri Abu Bakar Haji Marzuki, Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Dr Azhar Haji Ahmad, Pengarah Jabatan Pelajaran Sarawak, Datu Talat Haji Mahmood, Haji Mersal bin Abg Rosli, Pengarah Yayasan Sarawak dan kenamaan lain.

Sumber dari : Sarawakku